Walaupun tiada faktor kukuh yang menyokong, namun Pound berjaya catatkan peningkatan ke paras yang lebih baik ketika memanfaatkan kesuraman dagangan US dolar semalam.
Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang bercampur, gagal untuk menyokong pengukuhan US dolar yang memaparkan corak penyusutan sehingga berakhirnya sesi New York.
Bakal memacu arah pergerakan seterusnya, data pekerjaan ADP dan data pertumbuhan ekonomi AS akan diperhatikan di sesi New York malam ini pula.
Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, harga sekali lagi menguji paras rintangan 1.30000 semalam yang kemudiannya telah berjaya menembusinya.
Jika pada Jumaat lalu dan Isnin harga yang menguji paras tersebut gagal menembusinya, situasi kini sudah mula berubah.
Dagangan pada hari ini (Rabu) menyaksikan harga berlegar di atas zon 1.30000 sambil memberi isyarat positif untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Harga juga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang menunjukkan isyarat bullish.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, harga dijangka akan mensasarkan sehingga ke ketinggian 1.31000 yang merupakan paras tumpuan sebelum ini.
Namun akan menjadi risiko buat harga sekiranya berlaku penyusutan lebih rendah semula di bawah zon 1.30000 yang ditembusi semalam.
Sekiranya jelas penurunan dipaparkan, harga boleh mencecah sehingga ke zon support 1.29000 yang turut hampir diuji pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK