Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin kekal bergerak mendatar dalam dagangan pada hujung tahun, walaupun berjaya mencatat pemulihan sederhana ke paras harga yang menghampiri AS$89,000 di tengah volatiliti yang rendah.
Mata wang kripto terbesar itu terus gagal menembusi rintangan AS$90,000, dengan paras sokongan sekitar AS$86,500 yang dimana setakat ini menghalang penurunan lebih dalam.
Jika tiada lonjakan mendadak pada saat akhir, Bitcoin berisiko menamatkan 2025 dalam zon merah yang merupakan satu anomali bagi tahun pasca halving.
Altcoin bermodal besar turut kekal lemah, dengan Ethereum dan XRP gagal melepasi paras rintangan utama masing-masing.
Beberapa token bermodal kecil mencatat prestasi menonjol, membantu meningkatkan permodalan pasaran kripto global kepada sekitar AS$3.08 trilion.

























































