Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
SELASA (11 November 2025)
Data Pekerjaan UK (3.00 Petang) – Bakal memberi petunjuk penting kepada bank pusat, laporan terbaru pekerjaan UK akan diteliti. Pertambahan pekerjaan pada Oktober diramal lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya sementara kadar pengangguran pula dijangka meningkat.
Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (6.00 Petang) – Sebagai ekonomi terbesar di Eropah, tinjauan terhadap unjuran ekonomi Jerman menjadi perhatian pelabur. Angka terbaru dijangka catat peningkatan yang positif.
KHAMIS (13 November 2025)
Data Pekerjaan Australia (8.30 Malam) – Laporan terbaru yang memberi gambaran kesihatan sektor buruh di Australia pada minggu ini akan turut mempengaruhi prestasi dolar Aussie. Ini akan menjadi panduan penting buat bank pusat Australia selepas mengumumkan kadar faedah dikekalkan pada mesyuarat polisi minggu lalu.
Data Inflasi Pengguna AS (Sesi New York) – Selepas laporan NFP pada minggu lalu tertangguh lagi, pasaran menantikan pula petunjuk pada minggu ini menerusi data inflasi Amerika. Namun, laporan berisiko tertangguh jika situasi penutupan kerajaan masih berlarutan.
JUMAAT (14 November 2025)
Data Inflasi Pengeluar AS (Sesi New York) – Akan menyusul pada dagangan penutup minggu, data indeks harga pengeluar AS akan diterbitkan. Perubahan harga dari peringkat pengeluar turut mempengaruhi pengguna dan runcit.






















































