Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), bakal menggugurkan kira-kira 10% daripada tenaga kerjanya yang melibatkan lebih 5,000 jawatan sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula bagi mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah global.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, turut mengumumkan pembekuan semua pengambilan baharu dan kenaikan pangkat sehingga Disember 2026.
Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, beliau menjelaskan bahawa harga minyak yang semakin rendah dan margin keuntungan yang semakin mengecil menyukarkan Petronas untuk mencapai sasaran dividen kepada negara.
Keuntungan bersih Petronas menjunam 32% pada 2024, selepas susut 21% pada tahun sebelumnya.
Syarikat itu sebelum ini mengunjurkan harga minyak Brent sekitar $75 hingga $80 setong, namun kini harga minyak itu hanya berada pada harga sekitar $65, mencerminkan penurunan hampir 13% tahun ini akibat ketegangan perdagangan global dan peningkatan pengeluaran oleh OPEC+.
Petronas menyumbang hampir 10% kepada hasil negara menerusi cukai dan dividen.
Namun dalam landskap pasaran semasa yang mencabar, gergasi tenaga itu sendiri kini berdepan ujian untuk bertahan.
Walau ribuan kehilangan kerja dan masa depan kian tak pasti, anda masih ada peluang untuk ubah haluan. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!