Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
ISNIN (23 Jun 2025)
PMI Pembuatan & Perkhidmatan Jerman (3.30 Petang) – Masih menunjukkan isyarat penguncupan, data PMI Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah dijangka sedikit meningkat namun masih berada di bawah paras 50 mata untuk bulan Jun.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (4.30 Petang) – Sektor perkhidmatan di UK masih menunjukkan perkembangan yang baik sementara sektor pembuatan pula masih lagi bergelut untuk jangkaan bagi bulan ini.
PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Kedua-dua sektor penting Amerika ini kekal menunjukkan pengembangan yang baik di atas paras 50 mata. Namun untuk bulan Jun, angka dijangka sedikit menurun.
SELASA (24 Jun 2025)
Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Bacaan bulanan bagi indeks harga pengguna Kanada dijangka memulih kepada 0.5% untuk Mei, setelah penguncupan -0.1% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
RABU (25 Jun 2025)
Data Inflasi Australia (9.30 Pagi) – Inflasi Australia untuk catatan Mei dijangka tidak berubah pada 2.4% seperti yang dicatatkan sebelum ini. Data ini menjadi panduan bank pusat untuk penetapan polisi, perubahan angka boleh memberi impak terhadap mata wang.
KHAMIS (26 Jun 2025)
Data KDNK AS (8.30 Malam) – Bacaan terakhir bagi pertumbuhan ekonomi Amerika pada suku pertama 2025 dijangka tidak berubah dengan penguncupan -0.2% yang dicatatkan pada laporan sebelum ini. Ini mencetuskan kebimbangan ekonomi Amerika bakal menuju kemelesetan.
JUMAAT (27 Jun 2025)
Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan ekonomi Kanada dijangka catat angka sifar untuk bulan April, menurun daripada 0.1% pada bulan sebelumnya.
Indeks Harga PCE AS (8.30 Malam) – Menjadi salah satu indikator inflasi kegemaran Federal Reserve (Fed), data yang mengukur perbelanjaan penggunaan peribadi AS ini bakal memberi kesan pergerakan US dolar di penutup minggu.