Data yang diterbitkan di sesi Asia pagi ini (Selasa) memaparkan bacaan indeks PMI pembuatan Jepun menurun kepada 48.2 bagi bulan Oktober.
Ini menunjukkan aktiviti sektor pembuatan Jepun menyusut pada kadar paling ketara dalam tempoh 19 bulan sehingga Oktober 2025.
Penurunan ini menandakan bulan keempat berturut-turut di mana indeks kekal berada di bawah paras 50.0 mata, dengan tekanan daripada permintaan lemah dalam sektor automotif dan semikonduktor.
Indeks pesanan baharu merosot pada kadar terpantas dalam 20 bulan disebabkan perbelanjaan pelanggan yang semakin terhad, sementara pesanan eksport menurun untuk bulan ke-44 berturut-turut meskipun kadar penurunannya telah sedikit reda sejak Mac.
Walaupun pengeluaran kilang mencatat kejatuhan yang lebih kecil berbanding bulan sebelumnya, inflasi kos input meningkat ke paras tertinggi dalam empat bulan akibat kenaikan kos buruh, bahan mentah dan pengangkutan.
Justeru, situasi tersebut memaksa syarikat menaikkan harga output untuk mengekalkan margin keuntungan.











			










































