Industri minyak sawit Malaysia kini melihat negara Algeria sebagai perhatian pasaran utama susulan industri makanan negara itu yang sedang berkembang semakin pesat.
Berita baik itu disahkan sendiri oleh Duta Besar Malaysia di Algeria selepas jumlah eksport minyak ke negara itu melonjak tinggi sebanyak 82 peratus kepada 79,000 pada tahun lalu.
Pasaran Algeria bergantung kepada keluaran minyak import supaya mampu memenuhi 75 peratus keperluan minyak masak tahunannya.
Duta Besar Rizany Irwan Muhamad Mazlan, memaklumkan Algeria menawarkan potensi minyak sawit untuk penggunaan produk makanan seperti lemak khusus, konfeksi, snek, marjerin, bahan masakan dan krimer bukan tenusu.
Rizaldy mengatakan Malaysia komited memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara itu kerana Algeria merupakan ekonomi terkemuka di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan empat syarikat Malaysia pada April lalu menyertai pameran industri pertanian terbesar Algeria, Djazagro untuk meneroka peluang perniagaan dan perdagangan.
Seterusnya, Rizaldy membahas penyertaan dalam program Djazagro berperanan membuka kesempatan kepada organisasi Malaysia dalam mempamerkan produk dan berinteraksi dengan bakal pembeli dari Algeria.
Duta Besar Malaysia juga mengadakan perbincangan dengan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Algeria (CACI), Hamenni Kamel bagi memajukan pembabitan antara komuniti perniagaan Malaysia dan Algeria.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.