Di sebalik kemegahan namanya yang sering menghiasi tajuk berita global, reputasi Amerika Syarikat (AS) kini kian tercalar dengan sektor pelancongan yang selama ini menjadi kebanggaan negara itu sedang meniti titian kejatuhan.
Menurut laporan Tourism Economics, industri pelancongan AS dijangka mengalami kerugian lebih $64 bilion tahun ini, kesan langsung daripada dasar imigresen yang semakin ketat serta retorik politik Presiden Donald Trump yang makin panas dan memecah belah.
Kemasukan pelancong asing dijangka merosot sebanyak 8.7%, dengan pelancong dari China menjunam 11%, mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap iklim politik dan keselamatan di AS.
Kanada, penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan AS, turut mencatat kejatuhan ketara. Pelancongan darat dari negara jiran itu merosot 23%, menyumbang kepada kerugian lebih $3 bilion dalam industri.
Situasi di Eropah pula memburukkan lagi keadaan.
Beberapa pelancong dari Jerman mendakwa ditahan, dilucut pakaian dan dikurung secara bersendirian semasa cuba memasuki AS, mencetuskan siasatan rasmi oleh kerajaan Jerman terhadap tiga kes membabitkan warganegaranya di bawah sistem visa waiver ESTA.
Kesan kejatuhan pelancongan ini tidak terhenti di situ. Sektor peruncitan Amerika juga mula terasa bahangnya apabila semakin ramai pengguna luar negara memboikot produk AS — memilih untuk membeli barangan tempatan sebagai tindak balas terhadap dasar tarif dan ketegangan diplomatik yang dicetuskan oleh pentadbiran Trump.
Amerika mungkin gah di kaca TV, tetapi realitinya? Dunia semakin berpaling dari ‘bintang utamanya’ dan ini bukti bahawa landskap ekonomi sentiasa berubah.
Kalau mereka boleh jatuh, kita mesti bersedia untuk bangkit. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!