Amerika Syarikat (AS) pada Ahad semalam, telah bertindak untuk melancarkan serangan udara secara besar-besaran ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran iaitu Fordow, Natanz dan Isfahan.
Serangan ini telah disahkan sendiri oleh Presiden AS, Donald Trump melalui Truth Social miliknya dengan mengumumkan bahawa semua sasaran di Iran telah berjaya dimusnahkan dan semua pesawat kini telah keluar dari ruang udara Iran dengan selamat.
Fordow, tapak paling terlindung Iran yang terletak dalam gunung berhampiran Qom, menjadi sasaran utama.
Menurut kenyataan rasmi, sebanyak 6 pesawat stealth B-2 Spirit telah digunakan dalam operasi tersebut, masing-masing membawa dua butir bom GBU-57 Massive Ordnance Penetrator (MOP), menjadikan keseluruhan 12 bom digugurkan ke atas tapak bawah tanah itu.
Setiap butir bom MOP seberat sekitar 13,600 kilogram dengan keupayaan menembusi konkrit sehingga kedalaman 200 kaki (60 meter).
Secara keseluruhan, hampir 163,200 kilogram bom digunakan dalam satu malam yang menjadikannya serangan udara konvensional terbesar oleh AS sejak Perang Dunia Kedua.
Walaupun Trump banyak kali menyangkal khabar bahawa dirinya akan turun padang bersama Israel melawan Iran di medan perang, tetapi difahamkan telah bersedia selama beberapa hari sebelum melancarkan serangan awal pagi Sabtu.
Trump menegaskan: “Kini masa untuk perdamaian.”
Dunia makin tak menentu dan serangan boleh berlaku bila-bila masa. Tapi masa depan kewangan anda masih boleh dikawal. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!