Apple Inc mengatasi jangkaan pasaran apabila mencatatkan pendapatan $94.04 bilion bagi suku ketiga fiskal yang berakhir pada 28 Jun lalu, meningkat hampir 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Kejayaan ini turut disokong lonjakan jualan iPhone sebanyak 13.5% kepada $44.58 bilion, jauh melepasi unjuran penganalisis sebanyak $40.22 bilion.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, prestasi memberangsangkan itu turut dipacu oleh pembelian awal pengguna yang bimbang terhadap risiko tarif baharu dari Amerika Syarikat (AS), di samping peningkatan kukuh dalam segmen perkhidmatan dan Mac.
Apple turut mengumumkan margin keuntungan kasar sebanyak 46.5%, mengatasi unjuran pasaran sebanyak 45.9%. Pendapatan dari perkhidmatan seperti App Store, muzik dan storan awan mencecah $27.42 bilion, juga melepasi jangkaan.
Namun, tidak semua segmen mencatat prestasi positif apabila jualan peranti boleh pakai seperti Apple Watch dan AirPods tidak mencapai sasaran, manakala jualan iPad turut menurun.
Apple kini mempergiat pelaburan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi menyaingi pesaing utama seperti Alphabet dan Samsung, meskipun masih belum melancarkan versi baharu pembantu maya, Siri, yang dipertingkatkan dengan AI.
Sementara itu, ketidaktentuan tarif di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump terus membayangi operasi Apple, meskipun syarikat itu giat mengalih rantaian bekalan ke negara seperti India dan Vietnam.
Apple juga dilihat mengurangkan program pembelian semula saham sebanyak $10 bilion sebagai langkah berwaspada dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar.
Peluang seperti ini tak datang selalu. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!