Pelabur kripto kini menjangkakan lonjakan kukuh bagi BNB dalam tempoh terdekat, susulan tindakan Presiden AS, Donald Trump mengampuni pengasas Binance, Changpeng “CZ” Zhao.
Pada November 2023, Zhao mengaku bersalah kerana gagal melaksanakan program pencegahan pengubahan wang haram (AML) yang mencukupi di Binance, sekali gus melanggar Akta Rahsia Bank di Amerika Syarikat.
BNB meningkat sekitar 3.6% ke paras tertinggi harian pada $1,121, beberapa jam selepas The Wall Street Journal melaporkan keputusan Trump tersebut, hasil lobi dan rayuan berbulan-bulan daripada syarikat serta Zhao sendiri.
Kenaikan itu turut memberi kesan kepada World Liberty Financial (WLFI) token yang dikaitkan dengan syarikat kripto anak Trump apabila ia meningkat hampir 14% kepada $0.1414, menurut CoinMarketCap.
Lonjakan harga ini mencetuskan spekulasi bahawa sentimen positif boleh merebak ke pasaran kripto yang lebih luas.
Momentum ini hadir selepas BNB mula disenaraikan di Coinbase dan Robinhood awal minggu ini, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur.
Pada masa sama, syarikat-syarikat tersenarai awam juga dilihat mengumpul BNB dalam pegangan mereka.
Contohnya, Applied DNA Sciences, saham syarikat biotek tersebut melonjak lebih 50% pada Rabu selepas mendedahkan pembelian 4,908 BNB bernilai kira-kira $5.3 juta untuk perbendaharaan syarikat.























































