Perdana Menteri China, Li Qiang menyeru negara-negara ASEAN dan Teluk untuk bersatu membina “pasaran besar” bagi mengurangkan tekanan datang dari Amerika Syarikat di bawah Kerajaan pimpinan Trump semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur pada Selasa semalam.
Li menggesa agar perbezaan rantau dirangkul sebagai kekuatan, mencerminkan usaha strategik Beijing memperkukuh hubungan ekonomi serantau ketika Washington meningkatkan usaha menyekat ekonomi China.
Malaysia, terdahulu telah menjadi tuan rumah kepada lawatan Xi Jinping dan Li Qiang dalam tempoh sebulan, menandakan kedudukan penting negara ini dalam pengaruh China di Asia Tenggara— rantau yang tersepit antara dua kuasa dunia.
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN kekal berkecuali, dengan fokus kepada kebajikan rakyat dan perdagangan, tanpa berpihak dalam pertarungan perang dagang antara dua ekonomi besar tersebut.
Anwar juga mengingatkan bahawa harga yang perlu dibayar jika Asean memilih untuk campur tangan dalam perang dagang tersebut adalah tinggi dengan sekatan dan kawalan eksport cip oleh AS menghantui rantau ini dan Malaysia kini disiasat atas dakwaan penghantaran semula cip semikonduktor ke China.
Menerusi Sidang Kemuncak Asean tersebut, China juga telah menandatangani perjanjian mata wang dengan Indonesia menandakan rancangan jangka panjang Beijing untuk mengubah landskap ekonomi serantau.
“Pasaran besar” sudah digerakkan tapi siapa yang akan menguasainya?
Ketika kuasa besar sedang membina ‘pasaran besar’ serantau, ini masa terbaik untuk anda bina kekuatan sendiri dalam dunia dagangan. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!