China pada Rabu semalam secara rasminya telah membuka semula larangan yang menghalang syarikat penerbangan domestik menerima penghantaran pesawat Boeing, memberi isyarat pengenduran ketegangan antara dua kuasa ekonomi besar dunia.
Langkah ini menyusul setelah persetujuan terbaru dicapai oleh kedua-dua negara untuk mengurangkan tarif ke atas import barangan masing-masing dari 125% yang tinggi kepada hanya 10%.
Keputusan Beijing ini juga telah memberikan sinar baharu yang menunjukkan kesediaan untuk melonggarkan sekatan perdagangan dan memperbaiki hubungan dalam sektor penerbangan, membolehkan syarikat penerbangan menerima pesawat buatan Amerika Syarikat sekali lagi.
Larangan yang berkuat kuasa selama beberapa bulan itu memberi tamparan hebat kepada Boeing dalam situasi perang perdagangan yang berlanjutan.
Namun, walaupun peluang sudah dibuka, ketidakpastian masih menghantui.
Sumber mengatakan masih belum jelas sama ada syarikat penerbangan China akan segera menerima pesawat Boeing, memandangkan rundingan perdagangan masih berlangsung dan hubungan diplomatik belum sepenuhnya pulih.
Bagi Boeing, pembukaan semula ini adalah peluang yang signifikan untuk pulih, namun mereka tetap berhati-hati menunggu situasi politik yang tidak menentu di antara dua negara besar itu.
China buka semula pintu kepada Boeing, tapi syarikat penerbangan masih waspada — situasi yang penuh peluang, namun juga ketidakpastian. Sama seperti dunia trading: yang berani ambil langkah bijak, akan mara ke depan.Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!