Corak penurunan harga diteruskan untuk hari keempat berturut-turut pada carta pasangan mata wang GBP/USD susulan reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.
Dengan peningkatan kadar inflasi pada Jun lebih tinggi dari ramalan menunjukkan kesan tarif Donald Trump terhadap harga barangan.
Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) untuk terus mengekalkan polisi dan tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, mendorong pemulihan lanjut nilai US dolar dalam pasaran.
Pada carta GBP/USD, harga susut ke paras terendah terbaru 3 minggu dengan penurunan yang mencecah paras sasaran pada 1.34000 semalam.
Sementara pada sesi Eropah hari ini pula (Rabu), laporan inflasi UK pula menjadi tumpuan yang menyaksikan pergerakan harga sedikit meningkat melepasi paras 1.34000 semula.
Ini berikutan bacaan indeks harga pengguna (CPI) UK untuk Jun yang dijangka kekal di paras 3.4% sebaliknya catatkan peningkatan kepada 3.6%.
Ini sedikit menyokong peningkatan buat mata wang Pound, namun harga pada carta GBP/USD dilihat tidak menunjukkan pergerakan yang ketara.
Masih lagi bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, isyarat bearish mencadangkan untuk harga meneruskan corak penurunan lanjut.
Gagal bertahan di atas paras 1.34000 akan menjangkakan harga akan menuju sasaran baharu yang lebih rendah di sekitar 1.33000.
Jika mencecah paras tersebut, harga akan catatkan paras terendah terbaru 8 minggu setelah kali terakhir didagangkan sekitar itu pada pertengahan Mei lalu.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, pelabur akan berhati-hati untuk jangkaan perubahan trend semula.
Kenaikan awal yang diteruskan dilihat akan menguji paras 1.35000 sebelum menuju ke paras yang lebih tinggi selepas itu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK