Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mendatar pada penutup minggu lepas ketika ada cubaan kenaikan perlahan.
Zon rintangan pada 1.36000 kekal menjadi penghalang kenaikan harga ke paras yang lebih tinggi sementara pelabur memerhati isyarat perubahan trend.
Kenaikan harga pada dagangan sesi-sesi akhir minggu lepas hanya mencapai sekitar 1.35700 sebelum pergerakan harga kekal mendatar sehingga ke pembukaan dagangan awal minggu ini.
Pergerakan harga yang berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Mendatar sepanjang sesi Asia hari ini di sekitar paras penutupan minggu lalu, harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan perlahan ketika dagangan beralih ke sesi Eropah.
Prestasi US dolar akan diperhatikan pada minggu ini untuk menilai sebarang perubahan pada arah harga selain acara-acara tumpuan turut dijangka akan mempengaruhi pasaran.
Sekiranya harga masih akan meneruskan penurunan lanjut, paras sokongan semasa pada 1.35000 dilihat akan menjadi sasaran awal bakal diuji.
Tembus lebih rendah ke bawah akan menekan harga menuju pula paras tumpuan minggu lalu pada 1.34000.
Namun jika berjaya harga mengumpul kekuatan untuk melonjak semula, zon rintangan 1.36000 perlu ditembusi supaya trend bullish boleh diteruskan.
Untuk kenaikan lebih tinggi, sasaran harga akan beralih kepada 1.37000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.