US dolar paparkan pengukuhan di sesi New York semalam ketika tinjauan data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menunjukkan peningkatan pada April selepas jatuh ke paras terendah 9 bulan pada Mac.
Pada sesi sebelumnya, US dolar memulakan dagangan pembukaan awal minggu yang suram ketika ketidaktentuan dalam perkembangan perang tarif global masih menjadi tumpuan pelabur.
Pelabur kekal berhati-hati dalam pasaran menuju mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis untuk keputusan kadar faedah terbaru selain tumpuan utama terhadap ulasan susulan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Beliau terus diasak oleh Presiden Donald Trump untuk menurunkan kadar faedah.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga memulakan kenaikan di sesi Asia pagi Isnin semalam dari paras 1.13000 sebelum diteruskan ke sesi Eropah mencapai ketinggian sekitar 1.13600.
Namun arah harga bertukar di sesi berikutnya susulan data tinjauan ISM diterbitkan yang membuatkan US dolar kembali kukuh.
Harga kembali ditekan jatuh ke paras 1.13000 semula dan kekal berlegar di zon support itu sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat bearish menjelang FOMC.
Sekiranya harga meluncur turun lebih rendah dari zon support 1.13000 itu, berkemungkinan harga bakal menuju ke sekitar 1.12000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Pergerakan bearish lebih jelas boleh mendorong harga turun sehingga ke zon tumpuan seterusnya pada 1.11000.
Sebaliknya, jika zon 1.13000 berjaya melantunkan harga sekali lagi seperti situasi minggu lepas, kenaikan harga akan cuba untuk menuju semula ke zon rintangan 1.14000.
Melepasi zon tersebut akan mengubah petunjuk trend pergerakan harga untuk menuju ke atas semula sebelum paras ketinggian 1.15700 yang dicapai pada April kembali dicabar.
Seterusnya, sasaran adalah pada 1.16000 untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK