Hubungan retak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin kini semakin merekah dari ‘kawan baik’ jadi lawan dagang, semuanya gara-gara Putin yang tidak mahu mengikuti skrip Trump!
Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100% ke atas Rusia sekiranya negara itu gagal menamatkan perang di Ukraine dalam tempoh 50 hari, ketika beliau turut mengumumkan pakej senjata pertahanan baharu kepada Kyiv tanpa melibatkan perbelanjaan AS.
Dalam sebuah sidang media bersama Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte di White House pada Isnin semalam, Trump menyebut tindakan itu sebagai ‘secondary tariffs’ yang merujuk kepada tarif terhadap negara yang berurusan dengan musuh Amerika.
Duta AS ke NATO, Matt Whitaker mengesahkan bahawa tindakan itu menyasarkan negara seperti India dan China yang membeli minyak Rusia dan dijangka memberi kesan ketara kepada ekonomi Moscow.
Langkah Trump dilihat selari dengan rang undang-undang dwipartisan di Kongres yang mencadangkan tarif sehingga 500% ke atas negara pembeli minyak dan gas Rusia.
Walaupun banyak butiran teknikal masih belum jelas termasuk bagaimana tarif sekunder ini bakal dikuatkuasakan namun mesej Trump cukup terang iaitu kesabarannya dengan Putin sudah sampai ke penghujung.
Bagi pemerhati antarabangsa, ini mungkin isyarat paling keras Trump terhadap Kremlin setakat ini.
Namun begitu, persoalan besar kekal iaitu adakah tekanan ekonomi mampu menghentikan peluru dan bom di medan perang, atau sekadar menambah bara dalam konflik yang semakin rumit?
Kalau persahabatan gergasi dunia pun boleh retak kerana ekonomi, anda patut mula bina kekuatan sendiri hari ini. Sertai program HUSTLE24HOUR untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!