Mata wang US dolar kembali hilang momentum pengukuhannya sebelum ini berikutan reaksi pasaran terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam.
Data inflasi pengeluar (PPI) AS hadir dengan bacaan merosot untuk bulan April dan data jualan runcit juga catat pertumbuhan perlahan.
Justeru, corak pengukuhan US dolar pada sesi New York Rabu lalu tidak berjaya diteruskan pada Khamis semalam dengan jangkaan pergerakan bercampur di penutup minggu ini.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bercampur pada beberapa sesi terbaru dan dilihat berlegar di sekitar zon 1.12000.
Untuk dagangan harian semalam, paras tertinggi menghampiri 1.12300 dengan paras terendah pula sekitar 1.11700.
Harga beransur menunjukkan kenaikan perlahan ketika menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) menghampiri semula paras 1.12000.
Pelabur berwaspada dengan memerhatikan reaksi di zon penting itu untuk menilai arah pergerakan selanjutnya yang masih kabur.
Sekiranya harga berjaya melanjutkan peningkatan, paras ketinggian semalam akan cuba untuk diatasi sebelum meneruskan kenaikan menuju zon 1.13000.
Namun, jika situasi sebaliknya, harga berkemungkinan berundur dari zon 1.12000 dan menuju semula ke zon support pada 1.11000.
Data ekonomi AS masih lagi berbaki pada sesi New York malam ini, namun pasaran juga akan kekal bersedia dengan perkembangan tarif AS-China untuk sebarang kemas kini terbaru yang boleh mempengaruhi pergerakan harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK