Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Dolar AS dilihat susut untuk minggu ini, dan berkemungkinan menuju ke penurunan lebih lanjut. Hal ini berikuta, pasaran semakin yakin bahawa Rizab Persekutuan akan melonggarkan dasar lebih lanjut, di tengah tekanan politik daripada Presiden Trump untuk memotong kadar. Dalam suasana kecairan tipis kerana cuti Thanksgiving di AS, pergerakan mata wang menjadi lebih besar daripada biasa.
Yen Jepun mengukuh sedikit didorong oleh nada lebih hawkish daripada Bank of Japan, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa pihak kerajaan Jepun mungkin mengambil peluang untuk campur tangan dalam pasaran dolar/yen. Pada masa yang sama, indeks dolar AS telah menjauh daripada paras tertinggi enam bulan dan penganalisis seperti UBS sudah mula mengesyorkan peralihan sebahagian pendedahan daripada dolar AS kepada mata wang seperti euro dan dolar Australia.
Di Eropah, euro dan franc Swiss dipacu oleh perkembangan geopolitik, terutamanya rundingan yang berpotensi membawa kepada perjanjian damai di Ukraine. Prospek penyelesaian konflik dilihat boleh menyokong euro namun dalam pada masa sama mengurangkan permintaan untuk franc Swiss sebagai mata wang selamat.
Dolar New Zealand dan Australia menunjukkan prestasi lebih kukuh selepas bank pusat masing-masing memberi isyarat bahawa kitaran pemotongan kadar mungkin berakhir, ditambah disokong data inflasi yang panas dan hasil bon yang tinggi.























































