CEO Tesla, Elon Musk mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya individu pertama di dunia yang mencapai nilai bersih sebanyak $600 bilion.
Berita ini disahkan selepas syarikat SpaceX miliknya berpotensi disenaraikan di pasaran awam dengan anggaran penilaian sekitar $800 bilion.
Musk yang berjaya melepasi nilai bersih melebihi $500 bilion pada Oktober lalu, memiliki pegangan sebanyak 42% dalam SpaceX yang kini bersiap sedia untuk menjadi syarikat awam pada tahun hadapan.
Menurut sumber berita Forbes, penilaian SpaceX dijangka mengukuhkan kekayaan Musk sebanyak $168 bilion kepada $677 bilion setakat jam 12 tengah hari ET semalam.
Kekayaan tersebut turut disokong oleh pegangan sekitar 12% dalam syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dengan nilai sahamnya melonjak 13% setakat tahun ini, walaupun kadar jualannya merosot.
Saham Tesla meningkat hampir 4% semalam selepas Musk mengumumkan bahawa syarikat itu sedang menguji robotaxis tanpa monitor keselamatan di tempat duduk penumpang hadapan.
Sementara itu, pemegang saham Tesla bulan lalu meluluskan pembayaran $1 trilion kepada Musk, sekali gus menyokong matlamatnya untuk menjadikan Tesla sebagai gergasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik.


























































