Jutawan Elon Musk telah mengkritik rang undang-undang cukai Presiden Donald Trump sebagai “kekejian yang menjijikkan” di platform media sosial semalam.
Musk juga bertindak mengecam penyokong Trump di Kongres kerana menyokong tindakan yang menurutnya akan meningkatkan defisit persekutuan.
Kenyataan Musk berikut disokong oleh beberapa Senator Republikan yang disifatkan berkemungkinan menyukarkan kelulusan draf undang-undang.
Pemimpin Majoriti Senator Republikan, John Thune mengatakan beliau tidak bersetuju terhadap pandangan Musk dan menegaskan akan terus melaksanakan agenda yang dijanjikan sebelum 4 Julai.
Dewan rakyat meluluskan rang undang-undang itu bulan lalu, walaupun dijangka bertambah $3.8 trilion kepada hutang negara dan merancang meluluskannya pada bulan hadapan dengan beberapa pindaan.
Setelah tidak lagi memegang peranan rasmi kerajaan, Musk mula menentang usul undang-undang Trump, meskipun sebelum ini beliau telah membelanjakan $300 juta untuk menyokong Trump dan parti Republikan.
Musk kini berjanji akan mengurangkan perbelanjaan politik dan kembali berfokuskan peranan utama sebagai CEO Tesla.
Tambahan pula, ahli Republikan Senat kini berpecah dengan satu pihak mahu pemotongan perbelanjaan lebih besar, manakala pihak lain mahu melindungi program Medicaid untuk rakyat berpendapatan rendah.
Senator Republikan turut mencadangkan penangguhan pelepasan cukai Trump dan mencari penjimatan lain termasuk menangguhkan cadangan pelepasan cukai Trump untuk petua, gaji lebih masa dan faedah keselamatan sosial.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!