Elon Musk secara rasminya telah memutuskan hubungan akrabnya dengan Donald Trump.
Tidak pergi begitu sahaja, Musk sebaliknya meninggalkan kecaman indah kepada ‘ex-bff’ nya itu berkaitan rang undang-undang perbelanjaan $3.8 trilion yang dibuat oleh presiden itu, “One Big Beautiful Bill”.
Musk menegaskan bahawa tindakan presiden itu secara tidak langsung telah membatalkan usaha pemotongan kos yang diterajui oleh Department of Government Efficiency (DOGE) datang dari hasil titik peluhnya sendiri.
Lebih pedih, beliau mendakwa pasukan DOGE dijadikan kambing hitam, manakala White House melepaskan geram ke atas unit efisiensi kerajaan itu, sambil meluluskan potongan cukai untuk golongan bilionair dan pada masa sama memotong bantuan kepada golongan miskin.
Selepas sanggup ‘swipe’ kad $200 juta bagi membantu kemenangan semula Trump diberi gelaran ‘First Buddy’ kini nampaknya ‘bromance’ mereka berakhir dengan fasa ‘ghosting’.
Dengan saham Tesla menjunam, pejabatnya jadi tapak rusuhan, dan 250,000 penjawat awam dibuang atas nama ‘efisiensi’, Musk akhirnya sedar bahawa terlalu banyak ‘main politik’ boleh makan diri.
Trump?
Seperti biasa, membalas kenyataan Elon Musk dengan nada ‘cool’ pada Rabu semalam mengakui akan berjumpa Musk untuk rundingan semula.
Katanya, Musk cuma “tak puas hati dengan beberapa aspek” tapi “teruja dengan aspek lain”.
Tak perlu tunggu ‘bromance’ selesai, masa anda untuk berjaya bermula sekarang! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan cipta masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!