Permusuhan antara EU dan Rusia kini telah memasuki fasa baru. Bukan sekadar sekatan, EU kini mahu potong terus dana tenaga yang selama ini bantu kuatkan ekonomi Moscow melalui Pelan RepowerEU.
Langkah ini dibuat atas faktor keselamatan dan strategi tenaga, tanpa perlu sokongan sebulat suara seperti sekatan.
Sejak pencerobohan Ukraine pada 2022, EU berjaya mengurangkan import tenaga dari Rusia secara drastik.
Meskipun import minyak dari Rusia sudah jatuh dari 27% ke 3%, jumlah wang yang mengalir ke Moscow dari EU masih mencecah €23 bilion pada 2024 — cukup untuk membiayai peperangan selama berbulan.
EU kini giat mempelbagaikan sumber tenaganya, namun berhati-hati agar tidak terlalu bergantung kepada negara seperti Amerika Syarikat di tengah ketegangan perdagangan.
Azerbaijan muncul sebagai rakan yang proaktif dengan meningkatkan pengeluaran gas untuk EU.
RepowerEU turut mencadangkan larangan kontrak baharu gas dan LNG menjelang akhir 2025 serta penamatan import di bawah kontrak sedia ada menjelang 2027.
Sekatan terhadap bahan nuklear seperti uranium diperkaya juga akan diperkenalkan.
Walaupun risiko tindakan undang-undang wujud, EU mencadangkan syarikat menggunakan alasan “force majeure” untuk keluar dari kontrak.
Gabungan tenaga masa depan dijangka melibatkan tenaga boleh diperbaharui dan nuklear.
Namun di sebalik rancangan berani ini, persoalan utama kekal iaitu sanggupkah EU menanggung risiko gangguan bekalan dan lonjakan kos tenaga demi memutuskan hubungan dengan Moscow?