Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah mendorong mata wang US dolar bergerak lemah pada dagangan sesi-sesi akhir minggu lepas.
US dolar gagal mengekalkan pemulihan yang dipaparkan hari sebelumnya ketika bacaan data inflasi pengeluar AS yang terbaru hadir dengan angka yang lebih tinggi dari ramalan.
Pasaran kini masih meletakkan jangkaan tinggi untuk pemotongan kadar faedah dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat September setelah menilai petunjuk pada data-data terbaru.
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan semula di penghujung minggu lalu yang kembali menghampiri zon penting 1.17000.
Mengakhiri pada zon itu, harga masih berlegar perlahan di sekitar tersebut di pembukaan sesi awal minggu ini.
Namun, harga yang kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish diteruskan semula.
Jika berjaya harga membuat kenaikan melepasi paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.17300, paras lebih tinggi akan dicatatkan dengan sasaran menuju zon 1.18000.
Zon tersebut menjadi rintangan yang telah diuji harga pada dagangan Jun lalu ketika harga gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sementara, jika harga gagal untuk kekal di atas zon 1.17000 akan mencetuskan kembali isyarat trend bearish buat harga minggu ini.
Penurunan boleh mencecah semula paras sokongan minggu lalu pada 1.16000 dan berisiko susut lebih rendah jika US dolar kembali kukuh didagangkan dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.