Seperti yang dijangkakan para penganalisis pasaran, mata wang US dolar melanjutkan lagi corak penyusutan nilainya pada Selasa semalam.
Euro mengambil kesempatan untuk terus memulihkan prestasi dagangan semasanya sebelum tekanan kembali menjelang data yang akan diterbitkan.
Selain PMI pembuatan dan perkhidmatan yang akan menjadi tumpuan pada Khamis, Euro juga akan dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB).
Kadar faedah dijangka dikekalkan pada 2.15%, namun bakal diberi perhatian adalah kenyataan susulan oleh bank pusat untuk hala tuju dasar monetari selanjutnya.
Menilai pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD sejak pembukaan awal minggu ini, harga telah pamerkan kenaikan sekitar 150 pips, setelah berubah arah dari corak penurunan minggu sebelum ini.
Pada Isnin harga telah melonjak dan menguji zon penting pada 1.17000 sebelum kenaikan diteruskan pada Selasa semalam melepasi zon itu.
Paras ketinggian dicapai pada sesi New York semalam adalah pada 1.17600 sebelum pergerakan harga mula mendatar hingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Harga kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencadangkan untuk trend bullish masih akan diteruskan.
Untuk jangkaan bagi kenaikan lanjut harga adalah menuju pula sekitar 1.18000 yang merupakan zon rintangan penting diuji pada awal Julai lalu.
Sebaliknya jika harga susut ke bawah, zon 1.17000 akan dihampiri dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Jika gagal melantunkan semula harga naik, penurunan di bawah zon itu akan merisiko kejatuhan lebih rendah.
Berkemungkinan harga akan mencecah semula zon tumpuan minggu lalu pada 1.16000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK