Setelah reda dengan China, Presiden Donald Trump kini mengalihkan pula sasaran perang perdagangan ke Eropah.
Mencetuskan kebimbangan baharu, Trump mengancam 50% tarif terhadap barangan import dari Eropah selain mempertimbangkan 25% tarif ke atas produk iPhone yang dibuat di luar dari Amerika.
Ketegangan sedikit diredakan dengan perbincangan kedua-dua pihak yang menetapkan tarikh akhir 9 Julai untuk perjanjian perdagangan dicapai.
Mata wang Euro dilihat mengekalkan prestasi dagangan yang positif ketika US dolar terus melanjutkan corak penyusutannya.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga meneruskan kenaikan ke paras ketinggian baharu 4 minggu.
Pada Khamis lalu, corak kenaikan sedikit terbantut dengan pengunduran harga di bawah zon 1.13000 seketika.
Namun, harga kemudian melanjutkan kenaikan pada Jumaat melepasi semula 1.13000 itu dan menamatkan dagangan di penutup sesi terakhir mencapai sekitar 1.13700.
Isyarat bullish diperhatikan selepas kenaikan harga kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Harga menyambung kenaikan pada pembukaan dagangan awal minggu mencapai paras 1.14000 di sesi Asia pagi ini (Isnin).
Dengan momentum yang dipaparkan, harga cenderung untuk ke paras lebih tinggi lagi minggu ini dengan sasaran beralih kepada ketinggian 1.15000 pula.
Namun jika harga berundur turun semula dari zon 1.14000 yang telah dicapai itu, zon 1.13000 berkemungkinan bakal dihampiri semula.
Reaksi harga yang turut bakal menguji sokongan MA50 akan memberi petunjuk untuk arah pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK