Mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan awal pagi tadi menepati ramalan pasaran apabila Federal Reserve (Fed) masih lagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50%.
Walaupun keputusan kadar faedah sudah dijangkakan, namun unjuran ekonomi yang diturunkan dilihat sedang memberi tekanan kepada bank pusat dalam suasana yang tidak menentu ketika ini.
US dolar susut seketika pada reaksi awal mesyuarat tersebut, namun kembali mengukuh semula pada dagangan menuju ke penutup sesi New York.
Konflik perang Iran-Israel masih lagi menjadi pemacu utama pasaran dengan sentimen kekal berisiko buat para pelabur.
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak perlahan di zon 1.15000 menjelang mesyuarat FOMC.
Kenaikan harga terbatas di bawah paras 1.15300 dan juga terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, menunjukkan isyarat bearish.
Harga kembali ditekan jatuh semula di bawah zon 1.15000 dan bersambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga telah mencecah 1.14500.
Corak bearish harga dijangka akan diteruskan untuk menuju pula ke zon 1.14000 yang menjadi kawasan tumpuan harga pada dagangan awal Jun.
Tidak mustahil untuk harga meluncur lebih rendah ke bawah sekiranya US dolar terus mendapat kelebihan dengan situasi perang yang kekal tegang.
Namun jika harga kembali melantun semula melepasi zon 1.15000, pelabur akan mula melihat isyarat untuk perubahan trend semula.
Kenaikan lebih tinggi akan menjangkakan zon rintangan pada 1.16000 sekali lagi akan diuji untuk harga catatkan rekod ketinggian baharu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK