US dolar bergerak perlahan di paras tertinggi 3 minggu ketika pasaran menantikan laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru.
Data akan diterbitkan pada sesi New York malam ini (Selasa) dengan jangkaan bacaan indeks harga pengguna (CPI) AS untuk bulan Jun untuk meningkat kepada 2.6% daripada 2.4% sebelum ini.
Sementara mata wang Euro bergerak lemah dengan tekanan ancaman tarif baharu Presiden Donald Trump terhadap Kesatuan Eropah (EU) sementara Menteri Perdagangan EU mempertimbang balasan tarif €72 bilion terhadap barangan Amerika.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan corak bearish, namun sejak penutup minggu lepas harga bergerak mendatar di bawah zon 1.17000.
Isyarat bearish kekal diperhatikan dengan harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika US dolar menunjukkan reaksi pengukuhan nilai selepas data CPI diterbitkan, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan lebih rendah.
Zon tumpuan pada 1.16000 dijangka akan menjadi sasaran untuk diuji dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk arah selanjutnya.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan di atas zon 1.17000 dan melepasi halangan MA50, ini akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend harga semula.
Seterusnya kenaikan harga akan dijangkakan untuk kembali menuju zon rintangan pada 1.18000 yang diuji pada awal Julai.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK