Euro papar kenaikan di awal sesi New York semalam ketika reaksi keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah yang terbaru.
European Central Bank (ECB) menepati ramalan menurunkan kadar faedah 25 mata asas daripada 2.40% kepada 2.15%.
Ini menjadi pemotongan kadar faedah kali ke-8 dilaksanakan oleh bank pusat dalam tempoh 1 tahun.
Namun, Euro melonjak selepas mesyuarat berikutan ECB memberi isyarat untuk menamatkan kitaran pelonggaran dasar monetari mereka.
Sementara US dolar kekal lemah didagangkan di penghujung minggu sementara pelabur menantikan laporan pekerjaan NFP AS di sesi New York malam ini.
Meneliti pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang mendatar di paras 1.14000 di sesi Asia semalam kemudiannya telah melonjak kukuh susulan reaks mesyuarat ECB.
Kenaikan harga melepasi ketinggian 1.14500 di awal minggu dan hampir menyentuh paras sasaran 1.15000.
Namun harga berundur semula untuk menutup dagangan sesi New York di paras 1.14400 sebelum pergerakan harga perlahan di sekitar itu menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Pergerakan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat untuk trend bullish diteruskan.
Jika kenaikan berjaya diteruskan selepas ini, rintangan di paras 1.15000 akan cuba untuk diatasi sebelum harga catatkan ketinggian baharu.
Sasaran beralih kepada 1.16000 sebagai paras tumpuan berikutnya.
Namun jika harga berundur turun semula hingga menembusi paras 1.14000, pelabur bersedia dengan isyarat untuk perubahan trend.
Penurunan lanjut harga berkemungkinan bakal kembali mencecah semula sekitar zon 1.13000 yang menjadi tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK