Selepas pergerakan mendatar pada Selasa, mata wang US dolar paparkan pengukuhan jelas pada Rabu semalam untuk meneruskan kembali corak pembukaan di awal minggu.
Pada sesi New York semalam, data pekerjaan ADP dan laporan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua hadir dengan bacaan yang memberangsangkan, sekaligus memberi sokongan kepada prestasi semasa US dolar.
Pengukuhan dilanjutkan pada dagangan di awal pagi ini dengan tumpuan beralih kepada keputusan mesyuarat FOMC terbaru yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengekalkan nada yang berhati-hati dengan menyatakan ekonomi AS masih kukuh, namun memaklumkan masih belum membuat keputusan untuk mesyuarat September.
Jika diperhatikan pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD, harga meluncur turun laju menembusi paras 1.15000 mencatatkan penurunan harian sehingga sekitar 170 pips.
Menyambung penurunan lanjut selepas mesyuarat FOMC berakhir, harga telah mencecah paras 1.14000 pada penutup sesi New York.
Pelabur akan memerhati data indeks harga PCE pada sesi New York malam ini sebelum pergerakan harga bakal dipacu oleh laporan pekerjaan NFP di penutup minggu.
Lantunan perlahan harga dilihat pada sesi Asia pagi ini (Khamis) namun dijangka corak penurunan akan masih dipaparkan.
Jika penurunan dilanjutkan, harga yang menembusi paras 1.14000 kemudiannya bakal mensasarkan paras terendah baharu 9 minggu menuju 1.13000.
Untuk corak kenaikan jika berlaku, harga dilihat akan menguji rintangan pada paras 1.15000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan mencetuskan isyarat awal untuk perubahan trend.
Pergerakan lebih bullish harga akan dipaparkan selepas melepasi paras itu dengan jangkaan kenaikan harga akan menuju pula seterusnya pada 1.16000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK