US dolar papar pergerakan positif sebaik sahaja berakhir mesyuarat FOMC terbaru awal pagi tadi bagi edisi Mei 2025.
Seperti yang dijangkakan pasaran, Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50%.
Pengerusi Fed Jerome Powell mengulas lanjut berkenaan situasi pasaran buruh dan inflasi yang masih baik, namun sedikit kegelisahan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama yang dijejaskan oleh perang tarif.
Pasaran berwaspada mengikuti perkembangan rundingan dagang AS-China yang akan berlangsung di Switzerland pada hujung minggu ini.
Meneliti pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih bergerak dalam zon sideway 100 pips untuk beberapa hari.
Dari sekitar 1.13500, harga ditekan jatuh semula ke zon 1.13000 susulan pengukuhan US dolar seusai mesyuarat FOMC.
Namun, sebaik sahaja menjejak zon support tersebut, lantunan perlahan harga dipaparkan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Harga dilihat bakal menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk menilai arah pergerakan selanjutnya.
Jika harga kekal di bawah garisan itu, kecenderungan adalah untuk harga melanjutkan pergerakan bearish namun perlu melepasi zon support 1.13000.
Jika susut lebih rendah, sasaran penurunan harga akan beralih pula pada zon tumpuan sekitar 1.12000.
Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi halangan MA50, sasaran harga adalah untuk menuju ke zon rintangan 1.14000.
Zon tersebut masih menjadi penghalang harga untuk diteruskan ke paras lebih tinggi sejak minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK