Suasana pasaran masih dalam keadaan tidak menentu, namun US dolar berjaya paparkan pengukuhan pada dagangan sesi New York semalam.
Pasaran memerhati perkembangan tarif global apabila tempoh penangguhan tarif 90 hari Donald Trump akan berakhir esok, 9 Julai (Rabu).
Sementara itu, pergerakan mata wang US dolar juga dijangka akan dipengaruhi laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga menunjukkan penurunan sejak pembukaan sesi Asia Isnin semalam di paras sekitar 1.17800.
Sehingga diteruskan ke sesi New York semalam, harga telah mencecah sekitar 1.17000 sebelum kembali melantun setelah menguji zon penting tersebut.
Kenaikan perlahan harga dilihat pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Selasa) ke sekitar 1.17500 semula.
Arah selanjutnya harga masih tidak jelas, membuatkan pelabur kekal berhati-hati melihat impak perkembangan tarif global.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan lebih tinggi, zon rintangan pada 1.18000 akan kembali diuji seperti minggu-minggu sebelum ini.
Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga catatkan rekod ketinggian baharu untuk tempoh dagangan 4 tahun.
Sebaliknya jika harga susut di bawah zon 1.17000 selepas ini, isyarat bearish lebih jelas akan membuatkan harga cecah ke paras lebih rendah.
Sasaran beralih ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.16000 ataupun lebih rendah lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK