Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat sekali lagi menguji zon sokongan pada 1.36000.
Harga menunjukkan penurunan sejak sesi Asia di pembukaan awal minggu semalam, namun momentum hilang apabila mencecah zon tersebut.
Seperti reaksi pada minggu lepas juga, selepas menguji zon 1.36000 harga melantun semula dan meningkat perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) ke sekitar 1.36300.
Pergerakan harga perlahan menjelang pembukaan sesi Eropah selain dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga masih bergelut mencari arah yang jelas ketika kebimbangan sedang terarah kepada perkembangan tarif Trump yang boleh mempengaruhi ketidaktentuan dalam pasaran.
Sekiranya US dolar melemah dan menolak harga naik ke atas, paras sekitar 1.37000 bakal dilepasi sebelum melanjutkan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran seterusnya adalah untuk menuju semula zon rintangan 1.38000 yang hampir disentuh pada kenaikan minggu lepas.
Namun, jika US dolar kembali kukuh dan menekan Pound, harga berisiko untuk susut di bawah zon 1.36000 dan memberi isyarat bearish.
Selanjutnya harga akan meneruskan penurunan menuju beberapa zon tumpuan sebelum ini seperti 1.35000 atau pada support 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK