Pound alami pergolakan mengharungi dagangan pada Khamis semalam ketika beberapa faktor utama yang sedang mempengaruhi pasaran.
Perkembangan positif rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) Britain telah mengurangkan kebimbangan terhadap tekanan tarif barangan import sebelum ini.
Namun, Pound tidak berjaya papar prestasi cemerlang susulan bank pusat England (BOE) pada mesyuarat terbaru semalam mengumumkan kadar faedah diturunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.25%.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, lonjakan yang dilihat pada sesi Eropah semalam tidak berjaya diteruskan sebelum arah berubah pada sesi berikutnya.
Kenaikan harga dilihat ke sekitar 1.33400 gagal melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang mengekalkan isyarat bearish.
Harga menjunam menyusuli keputusan mesyuarat BOE hingga menembusi paras 1.33000 di sesi New York semalam.
Penurunan dilanjutkan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke sekitar 1.32100 sebelum melantun perlahan berlegar di sekitar 1.32400 di awal pembukaan sesi Eropah.
Harga dijangka meneruskan penurunan menuju zon 1.32000 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.
Jika zon penting itu ditembusi, kecenderungan lebih besar untuk harga dilanjutkan lebih rendah menuju sasaran 1.31000 dan paras tumpuan seterusnya.
Namun, waspada sekiranya lantunan semula harga yang dilihat akan kembali menguji zon 1.33000 yang telah menjadi tumpuan sejak minggu lalu.
Dengan kenaikan melepasi zon itu dan halangan MA50, zon rintangan 1.34000 akan kembali menjadi sasaran untuk dituju.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK