Laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah mengubah arah laluan perjalanan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Lonjakan kukuh harga menunjukkan mata wang US dolar alami penyusutan yang ketara selepas dari awal minggu itu memaparkan prestasi cemerlang.
Dari data tersebut juga telah meningkatkan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat September dengan peratusan melepasi 90%.
Laporan untuk bulan Julai yang merosot itu turut mencetuskan kekecewaan Presiden Donald Trump sehingga beliau bertindak memecat pegawai Suruhanjaya Biro Statistik Buruh kerana merasakan angka laporan dimanipulasi.
Sebelum berlaku lantunan, harga pada carta GBP/USD telah menunjukkan corak penurunan berterusan sehingga mencecah paras terendah 11 minggu pada 1.31400.
Dari paras terendah itu, harga melonjak 160 pips melepas 1.32000 hingga mencapai semula ke paras tumpuan sebelumnya pada 1.33000.
Menguji paras rintangan tersebut, harga berundur semula ke sekitar 1.32200 sebelum meningkat perlahan dan menutup dagangan sesi terakhir minggu itu pada 1.32800.
Pergerakan harga kekal berlegar di bawah zon 1.33000 pada pembukaan awal minggu ini, namun harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat perubahan trend bullish.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi rintangan 1.33000, harga bakal menuju pula paras-paras tumpuan yang menjadi tumpuan minggu sebelum ini seperti 1.34000 dan 1.35000.
Namun jika harga berundur turun semula dari paras 1.33000, berkemungkinan paras 1.32000 akan diuji sebelum harga berisiko jatuh lebih rendah dari paras minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK