Pelabur diberi amaran untuk berhati-hati dengan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD hari ini!
Setelah beberapa kali cubaan dari awal minggu, harga akhirnya telah berjaya membuat kenaikan lanjut melepasi zon rintangan pada 1.33000.
Sebelum ini, berlaku lonjakan di penutup minggu lepas hingga ke paras 1.33000, namun harga bergelut untuk meneruskan kenaikan melepasi rintangan tersebut sehinggalah dagangan Rabu semalam.
Menuju penghujung sesi New York, harga telah mencapai ketinggian baharu minggu ini berhampiran paras 1.33700.
Namun, terdapat risiko untuk harga bergerak pada arah bertentangan semula berikutan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh bank pusat England hari ini, jam 7 petang waktu tempatan.
Bank of England (BOE) dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.00% daripada 4.25% sebelum ini.
Pergerakan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut menyokong kenaikan lanjut harga untuk menguji pula paras 1.34000.
Jika diteruskan kenaikan lebih tinggi, paras 1.35000 akan menjadi tumpuan berikutnya sebelum harga mensasarkan hingga ke zon rintangan pada 1.36000.
Namun sekiranya keputusan mesyuarat BOE menekan harga jatuh menembusi sokongan MA50 dan paras 1.33000, akan menjadi isyarat kuat untuk perubahan trend yang kembali bearish.
Harga bakal menuju semula sekitar 1.32000 atau mencecah paras terendah pada minggu lepas pada 1.31400.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK