Corak kenaikan harga kembali dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam.
Harga kelihatan melantun dari paras 1.35000 yang menjadi support semasa buat harga ketika penurunan pada hari sebelumnya gagal diteruskan ke paras lebih rendah.
Peningkatan harga itu didorong oleh faktor penyusutan nilai US dolar yang dipengaruhi oleh terbitan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan lemah di sesi New York semalam.
Harga yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat awal untuk menyambung trend bullish sebelum ini.
Namun kenaikan harga sekadar mencapai sekitar 1.35800 pada sesi New York semalam sebelum sedikit berundur menuju dagangan ke penutup sesi.
Harga masih lagi belum mengatasi rekod pada 26 Mei lalu dengan ketinggian 1.35900 yang menjadi rekod tertinggi dalam tempoh 3 tahun.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan selepas ini, zon rintangan 1.36000 dijangka untuk dilepasi harga.
Seterusnya harga akan catatkan rekod ketinggian baharu dengan sasaran yang beralih pada ketinggian 1.37000 pula.
Namun jika harga gagal pamerkan kenaikan sebaliknya berubah arah semula di penghujung minggu, penurunan harga bakal menguji lagi paras sokongan semasa harga pada 1.35000.
Menjunam lebih rendah di bawah paras itu akan menunjukkan isyarat lebih jelas bagi pergerakan bearish harga yang berisiko mencecah semula sehingga 1.34000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK