Pengukuhan US dolar pada awal minggu semalam mendorong penurunan lanjut berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Harga yang menembusi paras 1.34000 itu dilihat mengekalkan corak penurunan untuk hari ketiga berturut-turut selepas kenaikan pada minggu lalu gagal melepasi zon 1.36000.
Selain Pound yang pamerkan prestasi merosot pada penutup minggu lepas, penurunan harga yang dilanjutkan itu telah didorong oleh perjanjian perdagangan yang berjaya dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad lalu yang menyokong pengukuhan US dolar.
Harga kini bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang mengekalkan trend bearish ketika ini.
Penurunan harga sehingga ke sesi New York semalam dilihat mencecah 1.33500, yang merupakan paras terendah terbaru harga dalam tempoh dagangan 10 minggu.
Harga berlegar perlahan di sekitar tersebut pada sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan jangkaan penurunan lanjut akan diteruskan lagi.
Sasaran berikutnya adalah kepada zon tumpuan 1.33000 jejak terakhir harga pada sekitar itu pada 19 Mei yang lalu.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula jika berlaku, lantunan akan menguji paras 1.34000 dengan reaksi menarik akan diperhatikan.
Jika tembus paras tersebut dan turut harga mengatasi halangan MA50 akan mencetuskan isyarat untuk perubahan semula trend harga.
Kenaikan awal harga boleh diteruskan kembali ke sekitar 1.35000 sebelum dilanjutkan ke paras lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK