Carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat melanjutkan lagi corak penurunan ke paras terendah baharu, mengekalkan momentum pergerakan di penutup minggu lepas.
Selain pergolakan politik di UK, mata wang Pound juga menerima tekanan dari laporan pertumbuhan ekonomi UK yang masih mencatatkan angka penguncupan untuk bulan Mei.
Data-data perindustrian yang diterbitkan bersama pada Jumaat lalu turut hadir dengan bacaan yang merosot.
Ini mendorong penurunan harga pada carta GBP/USD mencecah zon yang dijangkakan iaitu 1.35000 di penutup minggu.
Pada hari sebelumnya, pelabur telah mula melihat isyarat bearish harga yang bergerak susut di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Memulakan dagangan di bawah paras 1.35000 pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin ini, harga meluncur turun ke bawah mencecah sekitar 1.34500 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.
Harga walau bagaimanapun melantun semula di awal sesi Eropah dan dilihat menuju ke arah 1.35000. Namun, penurunan lebih rendah masih dijangkakan untuk diteruskan harga.
Jika penurunan diteruskan, harga dijangka untuk menguji zon support pada 1.34000 selain terus catatkan paras terendah baharu lagi.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi 1.35000 dan mengatasi pula halangan MA50, zon 1.36000 pula akan jadi tumpuan untuk diuji.
Isyarat perubahan trend bullish lebih jelas selepas melepasi kesemua rintangan tersebut sebelum dijangka menuju ke sekitar 1.37000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK