Carta pasangan mata wang GBP/USD paparkan terjunan harian sekitar 150 pips pada dagangan Rabu semalam ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru diterbitkan hadir dengan bacaan yang menyokong prestasi US dolar.
US dolar kukuh selepas data pekerjaan ADP catat pertambahan kukuh untuk Julai dan bacaan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua 2025 adalah lebih tinggi berbanding ramalan.
Penilaian terhadap ekonomi AS yang kukuh itu turut disebut oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC yang terbaru awal pagi tadi selepas kadar faedah diumumkan kekal pada 4.50%.
Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga menunjukkan kenaikan perlahan bermula di sesi Asia semalam dengan cubaan untuk menyentuh paras 1.34000.
Namun dengan pengukuhan ketara US dolar, harga ditekan jatuh hingga menembusi paras 1.33000.
Paras terendah terbaru 11 minggu dicatatkan harga yang mencecah sekitar 1.32300 di penutup sesi New York.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan isyarat bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu kekal mencadangkan penurunan ke bawah.
Jika penurunan diteruskan, harga berkemungkinan akan menembusi pula paras 1.32000 sebelum sasaran beralih pula ke sekitar 1.31000.
Namun jika lantunan kukuh dipaparkan, rintangan adalah pada 1.33000 untuk ditembusi sebelum harga berikan petanda untuk perubahan arah berlaku.
Kenaikan harga yang diteruskan selanjutnya boleh mencapai semula paras 1.34000 sebelum paparkan pergerakan bullish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK