Selepas lonjakan 150 pips harga pada Isnin, carta pasangan mata wang GBP/USD menyambung lagi corak kenaikan pada Selasa semalam.
Sekitar 130 pips tambahan kenaikan semalam telah berjaya melonjakkan harga menembusi zon rintangan 1.36000 dan mencatatkan rekod tertinggi terbaru 3 tahun menghampiri 1.36500.
Namun begitu, momentum tampak semakin perlahan menyambung dagangan pada Rabu dengan pergerakan mendatar sejak sesi Asia dan sesi Eropah.
Harapan terhadap gencatan senjata oleh Iran dan Israel seperti yang diumumkan Presiden Donald Trump sebelum ini meredakan seketika risiko dalam pasaran.
Namun, pasaran kekal berjaga-jaga dengan perubahan situasi yang boleh terjadi dan mengubah arah pergerakan US dolar yang masih melemah ketika ini.
Harga yang masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu mencadangkan untuk corak kenaikan diteruskan.
Sekiranya kenaikan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya, jangkaan adalah untuk harga mencapai 1.37000 sebagai sasaran paling hampir.
Kali terakhir harga didagangkan pada ketinggian itu adalah sejak Januari 2022 yang lalu.
Namun jika perang kembali hangat dan US dolar kukuh semula dalam pasaran, harga boleh ditekan jatuh di bawah 1.36000 dan pelabur akan memerhatikan isyarat perubahan trend.
Untuk jangkaan penurunan harga ke bawah, paras 1.35000 bakal diuji sebelum harga melanjutkan penurunan lebih rendah ke zon support 1.34000.
Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK