Perang tarif Presiden Trump akhirnya mula membuahkan hasil.
Dan kali ini bukan sekadar sebuah retorik dari percakapan Trump tetapi bukti data kutipan cukai import yang melonjak membuktikan tindakan Trump bukan sekadar retorik, tapi memberikan pulangan nyata kepada kerajaan.
Pada April sahaja, Amerika Syarikat mengutip rekod $16.3 bilion (sekitar RM76 bilion) hasil cukai import, lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu dan meningkat 86% daripada kutipan pada bulan Mac.
Suntikan dana ini membantu kerajaan mencatat lebihan bajet sebanyak $258 bilion bagi bulan tersebut, meskipun dibebani bayaran faedah yang tinggi ke atas hutang negara berjumlah $36 trilion.
Sehingga kini, hasil tarif untuk tahun fiskal telah mencecah $59.2 bilion, didorong oleh cukai import antara 10% hingga 145% yang dikenakan oleh Trump terutamanya terhadap China.
Namun kegembiraan itu mungkin tidak bertahan lama, apabila gencatan dagang terbaru bersama Beijing menyaksikan kadar tarif akan dikurangkan buat sementara waktu dalam tempoh 90 hari akan datang.
Defisit pula masih kekal besar, berjumlah $1.049 trilion setakat ini. Namun tanpa lonjakan hasil tarif pada bulan April, angka tersebut pasti jauh lebih tinggi.
Perang dagang mungkin perit, tetapi buat masa ini, ia ibarat morfin kepada luka defisit Amerika. Persoalannya, bila Trump rasa ‘high’, adakah dos tarif akan ditambah lagi, dan negara lain dijadikan ‘dealer’ baru dalam ketagihan ekonomi ala Amerika?
Perang dagang Trump mungkin mengukuhkan ekonomi Amerika—tetapi bagaimana pula dengan kewangan peribadi anda? Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!