Indonesia telah menggantung 190 lesen perlombongan arang batu dan mineral.
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Yuliot Tanjung menjelaskan bahawa lesen tersebut digantung kerana syarikat perlombongan gagal memulihkan tanah selepas aktiviti perlombongan, selain mengeluarkan bahan melebihi kuota yang ditetapkan.
Menurut laporan media ANTARA, keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh oleh Direktorat Jeneral Mineral dan Arang Batu.
Namun, Yuliot dan pegawai kementerian lain tidak memberikan sebarang respons kepada Reuters untuk mendapatkan ulasan lanjut.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto turut berikrar untuk membanteras kegiatan haram dalam pengambilan sumber semula jadi, termasuk aktiviti perlombongan.
Jumlah pengeluaran arang batu dan mineral yang terjejas akibat penggantungan ini masih belum dapat dipastikan.
Sehingga akhir 2024, Indonesia mempunyai lebih 4,600 lesen perlombongan.