Kerajaan Ireland bersetuju meluluskan penggubalan rang undang-undang pada semalam bagi mengharamkan produk barangan import dari Israel.
Tindakan itu dibuat selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pendudukan Israel di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa pada tahun lalu.
Seterusnya, keputusan tersebut merupakan suatu perkara baru yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk ahli Kesatuan Eropah (EU).
Menteri Luar Simon Harris mengatakan beliau berharap tindakan Ireland mempertimbangkan undang-undang melarang produk dari penempatan Israel akan menjadi contoh dan mendorong negara EU lain turut mengambil langkah yang sama.
Pada Mei lalu, Ireland, Slovenia, Sepanyol dan Norway mengiktiraf Palestin sebagai negara bebas, manakala Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan Perancis mungkin berbuat demikian seawal Jun.
Ketua Hal Ehwal luar EU, Kaja Kallas memberitahu majoriti daripada 27 negara anggota pada mesyuarat menteri luar menyokong langkah berkenaan dalam usaha memberi tekanan kepada Israel.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.