Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitcoin melonjak melepasi $90,000 pada hari Isnin selepas tempoh pergerakan harga yang mendatar, namun sekali lagi berhadapan rintangan pada paras teknikal utama tersebut.
Sesetengah penganalisis mengaitkan kenaikan itu dengan pembelian serentak oleh pelabur runcit dan pemain besar, satu perkembangan yang dilihat positif selepas minat pelabur runcit merosot sejak kejatuhan pada bulan Oktober.
Isyarat pembelian kukuh dilaporkan di kebanyakan bursa utama, dengan aktiviti whale kembali meningkat, menyokong sentimen jangka pendek yang lebih positif.
Waima begitu, pandangan berbeza muncul daripada penganalisis lain yang memberi amaran lonjakan itu mungkin sekadar dead-cat bounce. Ini berikutan aliran modal bersih yang bertukar negatif dan menunjukkan wang keluar daripada pasaran kripto.
Aliran keluar berterusan daripada ETF spot bitcoin mengukuhkan kebimbangan tersebut, walaupun lonjakan harga terkini turut memberi rangsangan kepada beberapa altcoin utama.

























































