Johor terus mengukir nama sebagai destinasi pelaburan utama negara dengan mencatat komitmen pelaburan mencecah RM162.2 bilion dari 2022 hingga 2024 sekali gus mencipta 53,764 peluang kerja langsung untuk rakyat Malaysia.
Exco pelaburan negeri, Lee Ting Han berkata, lonjakan ini didorong kemasukan syarikat gergasi seperti Microsoft, ByteDance, Wiwynn dan Supermicro, selain pembukaan pusat logistik serantau Mercedes-Benz di Senai.
Ketika perlangsungan sidang DUN, Lee berkata bahawa peluang pekerjaan yang diwujudkan bukan sekadar pekerjaan biasa, sebaliknya melibatkan bidang berkemahiran tinggi seperti sektor ICT, kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengurusan projek.
Tambahnya, Johor kini muncul sebagai hab pusat data terbesar di Malaysia, membuktikan bahawa negeri ini bukan sekadar laluan ke Singapura, tetapi pusat ekonomi masa depan.
Yang menariknya, angka 53,000 pekerjaan itu belum termasuk sektor pembinaan, logistik dan peruncitan yang turut menikmati limpahan ekonomi daripada pelaburan besar ini.
Kini, Johor bukan sahaja menarik pelaburan, tapi juga menaik taraf masa depan anak tempatan.
Dengan ledakan pelaburan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Johor, inilah masa terbaik untuk tingkatkan kemahiran dan rebut peluang dalam sektor berpotensi tinggi. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!