Berlaku perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam ketika tumpuan beralih seketika kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Di awal minggu, pasaran dihujani dengan kebimbangan ekoran laporan berkenaan konflik perang Rusia-Ukraine dan juga ketegangan semula perang tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Presiden Donald Trump menaikkan tarif aluminium dan keluli kepada 50% yang berkuatkuasa hari ini (Rabu) dan turut menantikan negara-negara untuk mengemukakan tawaran terbaik mereka berhubung tarif.
US dolar yang melemah di awal minggu walau bagaimanapun tampak pulih dengan terbitan data pekerjaan JOLTS AS di sesi New York semalam.
Jika diperhatikan kenaikan harga pada Isnin lalu telah mencapai ketinggian sekitar 1.14500 yang mencatatkan paras tertinggi 6 minggu.
Namun arah harga berubah semula memaparkan penurunan dari paras tertinggi itu untuk kembali terbenam di bawah 1.14000.
Pergerakan harga yang juga kembali berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mengisyaratkan perubahan kepada trend bearish.
Harga berlegar sekitar paras 1.13700 di penutup sesi New York dan perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu).
Jangkaan untuk penurunan harga yang dilanjutkan adalah untuk menghampiri semula zon 1.13000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.
Penurunan bakal diteruskan jika terdapat faktor yang terus menyokong pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.
Namun jika isu-isu tumpuan semasa kembali memberi tekanan kepada US dolar, harga boleh melantun semula membuat kenaikan melepasi paras 1.14000.
Paras ketinggian 1.14500 akan cuba untuk diatasi sebelum harga membuat kenaikan ke paras ketinggian baharu dengan sasaran beralih kepada 1.15000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK