Jualan runcit AS tidak berubah pada bulan Oktober. Data ini mengejutkan pasaran yang menjangkakan peningkatan kecil, berdasarkan data rasmi. Waima begitu, perbelanjaan pengguna secara keseluruhan masih menunjukkan daya tahan pada awal suku keempat.
Bacaan mendatar itu berlaku di tengah tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya akibat harga barangan import, penjagaan kesihatan dan perumahan yang lebih tinggi, sebahagiannya didorong oleh tarif import baharu.
Ahli ekonomi memberi pandangan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana paling terjejas, manakala golongan berpendapatan tinggi terus menyokong pertumbuhan perbelanjaan tidak perlu, menghasilkan jurang ekonomi yang semakin melebar.
Data terbaru menunjukkan jualan runcit teras melonjak kukuh pada Oktober, satu petunjuk bahawa komponen perbelanjaan pengguna dalam KDNK masih kukuh.
Secara keseluruhan, perbelanjaan pengguna dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi AS, dengan data KDNK suku ketiga yang tertangguh bakal memberikan gambaran lebih jelas minggu hadapan.























































