Jumlah eksport diesel India ke Asia Tenggara pada bulan Mei diramalkan mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.
Menurut penjejak kapal dan tiga sumber perdagangan, peniaga memilih negara Asia kerana kadar keuntungan lebih besar dan kos penghantaran ke Eropah yang tinggi menghalang eksport.
Peningkatan eksport diesel dari India sebagai pembekal terbesar rantau itu telah mendorong penurunan harga spot bahan api di Asia dan menekan pasaran derivatif, sambil mengetatkan ketersediaan sumber api di Eropah.
Penghantaran diesel di laluan India-Asia Tenggara mengalami lonjakan kepada 600,000 tan metrik (4.47 juta tong), manakala eksport India ke Eropah pada Mei dianggarkan sebanyak 500,000 tan.
Selanjutnya, kos penghantaran lebih rendah turut mendorong lebih banyak bekalan India ke Asia Tenggara, menurut data LSEG dan SSY Tanker.
Ketua analisis APAC Vortexa, Ivan Mathews mengatakan pengeluaran diesel India mengukuh pada Mei selepas Reliance Industries menghidupkan semula unit pemprosesan mentah di kilang penapisan Jamnagar, sekaligus meningkatkan kadar eksport.
Pada bulan hadapan, eksport diesel India dijangka melonjak kerana permintaan tempatan menurun semasa musim tengkujuh dengan anggaran penurunan 500,000 tan.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!