Mata wang Euro naik ke paras tertinggi 1 bulan ketika US dolar masih bergerak dalam prestasi lemah pada pembukaan awal minggu ini.
Namun, momentum tidak berjaya dikekalkan dengan pergerakan harga semakin perlahan sehingga bersambung ke sesi New York semalam berikutan pasaran Amerika bercuti sempena Memorial Day.
Namun, penganalisis menjangkakan tekanan masih berterusan ke atas US dolar dengan faktor-faktor semasa yang menjadi tumpuan sejak minggu lepas.
Pelabur juga berwaspada memerhatikan perkembangan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah susulan penangguhan tarif 50% ke tarikh 9 Julai.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menyambung corak kenaikan pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin semalam untuk meneruskan pergerakan bullish minggu lalu.
Namun, selepas harga melepasi paras 1.14000, harga tidak berjaya mengekalkan momentum dan memperlihatkan penurunan semula di sesi Eropah.
Kemudiannya harga mendatar di paras 1.13800 sepanjang sesi New York semalam ketika kekurangan pemangkin untuk menggerakkan harga selain pasaran Amerika juga ditutup.
Harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dengan kenaikan perlahan di sesi Asia pagi ini (Selasa) menghampiri semula paras 1.14000.
Dengan jangkaan untuk US dolar terus bergerak lemah selepas ini, harga cenderung menyambung kenaikan lebih tinggi melepasi zon 1.14000 itu.
Sasaran bakal beralih sekitar 1.15000 pula untuk catatan ketinggian baharu harga.
Namun jika harga berundur turun semula dari zon 1.14000 tersebut, zon 1.13000 yang menjadi tumpuan minggu lalu bakal dihampiri semula.
Reaksi harga di zon penting itu perlu diperhatikan yang boleh memberi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya di penutup dagangan Mei ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK